Catatan Popular

Rabu, 22 Julai 2015

Resepi Kuah Kacang Bonda (Mudah & Sedap)

RESEPI KUAH KACANG BONDA

Bahan-Bahan
Kacang Tanah
Cili Kering
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Gula Melaka
Asam Jawa
Air

Cara Penyediaan
1) Sangai kacang tanah dengan api sederhana seterusnya kisar (tidak terlalu halus).
2) Kisar semua bahan-bahan tumisan.
3) Tumis bahan-bahan tersebut dan masukkan kacang tanah.

Siap!!!


ReSePi PeNgRuSaN KeWaNgAn

Resepi Kewangan Menggunakan Model Perancangan Kewangan Islam



Apa yang ingin saya kongsikan disini Resepi Kewangan dengan menggunakan 5 faktor dalam Perancang Kewangan Islam iaitu:-

Resepi Penghasilan Harta
Resepi Pengumpulan Harta
Resepi Perlindungan Harta
Resepi Pembahagian Harta
Resepi Penyucian Harta


Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap harta dan wang ringgit. Ada orang yang suka mengumpul wang ringgit, ada pula yang suka mengumpul aset seperti rumah, tanah dan emas. Walau bagaimanapun, perancangan kewangan yang baik merangkumi aspek yang lebih menyeluruh. Menikmati kesenangan masa kini dan beringatlah untuk memenuhi keperluan di masa hadapan.



duit


Resepi Penghasilan Harta
Bekerja - pekerjaan membolehkan kita memperolehi duit dan harta. Oleh kerana persaingan mendapatkan kerja adalah sengit kita mestilah melengkapkan diri sebelum memulakan kerja. Melengkapkan diri dengan pelajaran, kemahiran dan sikap bekerja yang positif
Bercucuk tanam - Menabur budi pada tanah akan memperolehi pulangan. Persiapkan diri untuk bekerja keras dan bersabar dalam menanti pulangan.
Menternak - menternak lembu, ayam mahupun ikan memerlukan ilmu dan ketekunan. Bersedialah untuk melabur pada masa dan keringat
Berniaga - 9/10 dari sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi rintangan.

Resepi Pengumpulan Harta
Pengumpulan harta boleh dilakukan dangan membuat simpanan berkhemah di dalam bank, tabung haji, ASB dan lain-lain. Melabur dalam unit amanah
Resepi Perlindungan Harta
Takaful adalah satu instrumen perlindungan harta. Takaful nyawa, Takaful Pendidikan, Takaful Kesihatan dan Takaful Am
Resepi Pembahagian Harta
Pembahagian Harta boleh dilakukan secara faraid ataupun menggunakan wasiat, hibah dan wakaf
Resepi Penyucian Harta
Penyucian harta boleh dilaksanajan dengan menunaikan zakat, sedekah, amal jariah dan pelbagai lagi. Zakat yang dimaksudkan adalah zakat fitrah, zakat harta, zakat pendapatan, zakat emas dan perak, zakat simpanan dan zakat perniagaan

5 Rahsia Hidup Bahagia

Mari kita lihat 5 rahsia hidup bahagia yang saya ambil daripada petikan di sini untuk sama-sama kita renungkan dan kalu boleh semak samada kita ada kesemua yang disebutkan tersebut.
Rumusan kepada 5 rahsia hidup bahagia yang disenaraikan ini adalah hasil daripada kajian yang mendalam dilakukan oleh orang barat.

5 Rahsia Hidup Bahagia

Berdasarkan kefahaman kita pada tiga perkara asas, mari kita lihat apakah rahsia amalan mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bahagia.
  1. Berkawan – Kajian membuktikan mereka yang bahagia dan mendapat kepuasan dalam hidup ada sekurang-kurangnya 10 orang kawan rapat yang boleh dikongsikan minat bersama. Orang yang ada ramai kawan secara automatik meningkatkan 20% tahap kepuasan hidup mereka.
  2. Punyai cerita kehidupan – Orang yang bahagia kehdupannya suka kongsi pengalaman dirinya yang menarik. Samada cerita dirinya sendiri ataupun cerita keluarganya. Semua orang ada sesuatu yang istimewa yang boleh dibanggakan disyukuri. Kongsikan bersama orang lain, pada anak-anak, kawan-kawan dan kenalan. Itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita tak dapat lihat adanya kelebihan pada diri kita, sudah tentu ada yang tak kena dengan otak kita. Kalau boleh tuliskan atau buat blog lagi bagus.
  3. Ada matlamat – Hidup tanpa ada matlamat untuk dicapai memang tidak ada kehidupan. Dengan adanya matlamat, akan wujud perjuangan, akan ada usaha. Bla ada usaha tentu ada jalan dan insyaallah akan ada kejayaan. Pastikan kita ada sasaran atau matlamat dan jangan hidup ikut kaki melangkah sahaja.
  4. Harta benda bukan segalanya – Lagi banyak kita kejar dan berikan ergantungan pada harta benda, lagi berkurangan rasa kepuasan hidup. Oleh itu, kurangkan terkejar-kejar dengan kebendaan atau wang ata harta benda.
  5. Sentiasa buat peningkatan – Pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, insyaallah kita akan bahagia. Peningkatan tak semestinya besar. Kecil-kecil lama-lama jadi besar. Pastikan kita buat perubahan dan pembaikan dalam hidup untuk dapatkan keluasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Cuba semak kelima-lima perkara yang tersebut di atas samada ada pada kita atau tidak. Kalau ada alhamdulillah kita termasuk dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Memang betul bahawa dengan kebahagiaan, kesenangan akan datang menyusul.

Demikianlah 5 rahsia hidup bahagia yang ada pada mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bermakna. Semua perkara tersebut adalah berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ratusan juta orang. Bagus untuk kita fikirkan dan jadikan panduan, Insyaallah!