Catatan Popular

Rabu, 22 Julai 2015

5 Rahsia Hidup Bahagia

Mari kita lihat 5 rahsia hidup bahagia yang saya ambil daripada petikan di sini untuk sama-sama kita renungkan dan kalu boleh semak samada kita ada kesemua yang disebutkan tersebut.
Rumusan kepada 5 rahsia hidup bahagia yang disenaraikan ini adalah hasil daripada kajian yang mendalam dilakukan oleh orang barat.

5 Rahsia Hidup Bahagia

Berdasarkan kefahaman kita pada tiga perkara asas, mari kita lihat apakah rahsia amalan mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bahagia.
  1. Berkawan – Kajian membuktikan mereka yang bahagia dan mendapat kepuasan dalam hidup ada sekurang-kurangnya 10 orang kawan rapat yang boleh dikongsikan minat bersama. Orang yang ada ramai kawan secara automatik meningkatkan 20% tahap kepuasan hidup mereka.
  2. Punyai cerita kehidupan – Orang yang bahagia kehdupannya suka kongsi pengalaman dirinya yang menarik. Samada cerita dirinya sendiri ataupun cerita keluarganya. Semua orang ada sesuatu yang istimewa yang boleh dibanggakan disyukuri. Kongsikan bersama orang lain, pada anak-anak, kawan-kawan dan kenalan. Itu tandanya kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Jika kita tak dapat lihat adanya kelebihan pada diri kita, sudah tentu ada yang tak kena dengan otak kita. Kalau boleh tuliskan atau buat blog lagi bagus.
  3. Ada matlamat – Hidup tanpa ada matlamat untuk dicapai memang tidak ada kehidupan. Dengan adanya matlamat, akan wujud perjuangan, akan ada usaha. Bla ada usaha tentu ada jalan dan insyaallah akan ada kejayaan. Pastikan kita ada sasaran atau matlamat dan jangan hidup ikut kaki melangkah sahaja.
  4. Harta benda bukan segalanya – Lagi banyak kita kejar dan berikan ergantungan pada harta benda, lagi berkurangan rasa kepuasan hidup. Oleh itu, kurangkan terkejar-kejar dengan kebendaan atau wang ata harta benda.
  5. Sentiasa buat peningkatan – Pastikan hari ini lebih baik daripada semalam, insyaallah kita akan bahagia. Peningkatan tak semestinya besar. Kecil-kecil lama-lama jadi besar. Pastikan kita buat perubahan dan pembaikan dalam hidup untuk dapatkan keluasan dan kebahagiaan dalam kehidupan.
Cuba semak kelima-lima perkara yang tersebut di atas samada ada pada kita atau tidak. Kalau ada alhamdulillah kita termasuk dalam golongan mereka yang mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan. Bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat. Memang betul bahawa dengan kebahagiaan, kesenangan akan datang menyusul.

Demikianlah 5 rahsia hidup bahagia yang ada pada mereka yang didapati menjalani kehidupan yang bermakna. Semua perkara tersebut adalah berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ratusan juta orang. Bagus untuk kita fikirkan dan jadikan panduan, Insyaallah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan